Alamat:

PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN KERETAPI TANAH MELAYU (ExRail)
No. 14 Lorong Masria 6, Taman Bunga Raya,
Gombak, 53000 Kuala Lumpur
( 2176-09-WKL )

Thursday, August 16, 2018

Notis Mesyuarat Agung Tahunan ExRail Ke-8 Pada 25 Ogos 2018


Semua Ahli Persatuan

Dato/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, bersesuaian dengan Fasal 8 Perlembagaan Persatuan, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-8 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh   :   25 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa      :   8.30 pagi
Tempat  :  Dewan Tun Rahah, Memorial Tun
                   Abdul Razak, Jalam Perdana,
                   50480 Kuala Lumpur.

Dengan ini maka semua Ahli adalah dijemput hadir ke MAT Ke-8 ini untuk menyempurnakan agenda-agenda yang telah ditetapkan mengikut kehendak perlembagaan persatuan.

Notis MAT Ke-8 telah diedarkan kepada Ahli melalui pos.

Sekian.

Abdul Rahim Osman,
Setiausaha.












Thursday, January 4, 2018

ExRail Dalam Selamat Pagi Malaysia TV1 4 Jan 2018

Bingkisan Sana Sini ExRail dalam  siaran Selamat Pagi Malaysia TV1  4 Januari 2018.




Terjemahan dari Bahasa Mandarin(teks asal sepert di bawah) ke BM olih Sdr Ahmad Junaidi Tajudin (Ajk Exrail 2017 - 2019)


Kuala Lumpur

Dato’ Sarbini, Yang Di-Pertua Persatuan Keretapi Tanah Melayu, Malaysia  menasihatkan kerajaan, agensi swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya memanfaatkan kemahiran profesional yang disediakan oleh  bekas kakitangan Keretapi Tanah Melayu untuk mempromosikan dan meningkatkan kemahiran teknologi dalam industri kereta api domestik.

Beliau berkata  bahawa Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu, Malaysia (ExRAIL)  mempunyai bilangan ahli seramai 350 orang.  Namun bilangan ini sangatlah kecil berbanding dengan bilangan bekas kakitangan keretapi telah mencapai lebih daripada beberapa ribu orang.

"Sebahagian daripada mereka telah bekerja di syarikat-syarikat kereta api selama lebih dari 30 tahun, maka sudah tentulah mereka ini kaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran, dan kepakaran mereka meliputi semua bidang.  Oleh itu, adalah sewajarnahlah pengalaman, pengetahuan serta kepakaran mereka ini dimanfaatkan sumber-sumber ini dengan baik oleh kerajaan atau sektor swasta."

Ujar beliau lagi, bahawa sesetengah universiti menawarkan lebih banyak kursus dan teori pendidikan daripada melakukan kursus praktikal, sering mengetengahkan graduan kepada masyarakat dan perlu dilatih lagi.

Dato’ Sarbini, berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri jamuan bersama yang anjurkan oleh Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu, Malaysia (ExRAIL)  pada hari Sabtu.


**新聞快拍

吉隆坡

馬來亞鐵道公司前僱員協會主席拿督沙比尼建議政府、私人機構和大專院校,善用馬來亞鐵道公司前僱員所掌握的專業技能資源,用以推動和提升國內火車工業的技術和技能。

他說,馬來亞鐵道公司前僱員協會(ExRail)旗下只有約350名會員,但前僱員人數卻達到數千人以上。

「他們有的在鐵道公司服務超過30年,擁有豐富的經驗、知識和技能,而且專才涵蓋各個領域,因此政府或私人機構大可以善用這些資源。」

他說,一些大學提供的教育課程,理論比實踐課程比例要多,往往導致一些畢業生出到社會,需要再重新培訓。

沙比尼是在週六出席馬來亞鐵道公司前僱員協會主辦聯歡宴后的記者會上,如是表示。

Tuesday, January 2, 2018

Video Hi-Tea ExRail 2017

Berikut adalah  klip video Majlis Hi-Tea ExRail yang telah diadakan di Retro Cafe, Vivatel,  Jalan Loke Yew Kuala Lumpur pada 30 Disember 2017.





Sunday, December 31, 2017

Perutusan YDP ExRail Tahun Baru 2018


PERUTUSAN YDP ExRail TAHUN BARU 2018


Ketibaan tahun baru lazimnya disambut dengan penuh kemeriahan dan keazaman kerana ianya hadir bersama peluang untuk kita bersama merapatkan saf kepimpinan dan barisan Exco baru Exrail kearah yang lebih dinamik dan progresif dalam melestarikan teknologi perkeretapian negara.

Pengalaman, kepakaran dan kemahiran 'orang lama'  eloklah digabung jalinkan ( synergy) dengan generasi baru perkeretapian negara.

Saya mewakili jawatankuasa ExRail mendoakan warga Exrail diseluruh negara akan terus maju jaya, sihat sejahtera dan dipanjang umur dalam meperolehi keredhaan Ilahi dan memakmurkan negara .

Selamat Tahun Baru 2018 pada anda semua.


Lt. Kol.Dato Sarbini bin Tijan (B)
YDP ExRail


Saturday, December 30, 2017


ExRAIL akan bekerjasama dengan GLC, IPT


       Antara ahli ExRAIL yang hadir.                                FOTO : Yusmizal Dolah Aling

        yusmizal@hmetro.com.my

PERSATUAN Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Malaysia (ExRAIL) akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat swasta, syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi untuk memberi manfaat yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat.

Yang Dipertuanya Datuk Sarbini Tijan berkata, pihaknya ingin berkongsi pengalaman bersama beberapa pihak termasuk institusi pengajian tinggi lain bagi membolehkan industri kereta api negara dikuasai anak tempatan.

Menurutnya, ia perlu memandangkan Malaysia menjadi pusat perdagangan yang menjadi pilihan pelabur asing terutama dari segi logistik dan penting untuk rakyat negara ini mempunyai kemahiran dalam pengangkutan awam.

Katanya, ketika ini ExRAIL mempunyai 350 ahli yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing sama ada teknikal, operasi, kejuruteraan, komunikasi, teknologi maklumat, aset atau hartanah, pentadbiran dan perkhidmatan.

"Kami sedia menawarkan dan memberi khidmat nasihat kepada mana-mana organisasi, jabatan kerajaan, kementerian dan universiti awam bagi pembangunan infrastruktur demi membantu pengangkutan awam negara ini.

"Perkembangan industri kereta api negara semakin pesat. Kami kompeten dalam bidang masing-masing. Ahli ExRAIL juga boleh menjadi tenaga pengajar melalui bidang masing-masing dalam bentuk latihan berkonsepkan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya ketika berucap pada Majis Ulangtahun Ke -5 dan Hi Tea ExTRAIL di Vivatel Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu, 100 bekas kakitangan ExRAIL itu diraikan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam industri pengangkutan awam negara.

Sarbini berkata, kepakaran bekas kakitangan ini diiktiraf dengan sebahagiannya kini bertugas di Mekah Metro dan syarikat pembinaan landasan kereta api kargo.

"Kita akan buat lebih banyak program seiring dengan keperluan zaman agar pengalaman orang lama pekeretapian negara dapat terus disumbangkan kepada pembangunan dan pemodenan industri rel Malaysia dan dunia umumnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2017 @ 7:19 PM

Thursday, December 14, 2017

JOM HI-TEA ANJURAN EXRAIL

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (ExRail) akan mengadakan satu Majlis Jamuan Hi-Tea  untuk meraikan ahli-ahli seperti berikut:

1. Tarikh    :  30/12/2017 (Sabtu)
2.  Masa     :  12.00 - 4.00 petang
3. Tempat  :  Retro Cafe, Hotel Vivatel,
                      Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
4.  Bayaran : RM 50.00 seorang

Semua ahli  dan bukan ahli (pesara & kakitangan KTMB) adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini demi mengeratkan hubungan silatulrahim.
Kerjasama dan sokongan semua ahli dan bukan ahli  sangat  dihargai untuk memastikan aktiviti tahunan Persatuan  berjaya dilaksanakan.

Mereka yang berminat, sila maklumkan kepada AJK seperti  dalam senarai dibawah dan  bayaran penyertaan perlu dijelaskan sebelum atau pada 20/12/2017. Bayaran boleh dibuat melalui deposit/pindahan wang kepada Akaun ExRail  MBB : 5641-0000-8027 (Hantarkan slip bayaran  melalui SMS/WhatsApp  untuk pengesahan kepada Setiausaha atau Bendahari)

Bagi sesiapa yang masih belum menjadi ahli Exrail, borang keahlian akan disediakan dan mereka bolih terus mendaftar  semasa majlis berlangsung.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Abd Rahim Osman  - 0192256803 (Setiausaha)
Mat Isa Jamaluddin - 0193304569 (Bendahari)
Hajah Lailawati   - 0162779762
Pn. Hamidah Ali  - 0196917798

Penyertaan Dato'/Datin/Tuan/Puan dan para jemputan amat dihargai.

Terima kasih.


Abd Rahim Osman
Setiausaha ExRail.

Wednesday, November 8, 2017