Alamat:

PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN KERETAPI TANAH MELAYU (ExRail)
No. 14 Lorong Masria 6, Taman Bunga Raya,
Gombak, 53000 Kuala Lumpur
( 2176-09-WKL )

Sunday, December 31, 2017

Perutusan YDP ExRail Tahun Baru 2018


PERUTUSAN YDP ExRail TAHUN BARU 2018


Ketibaan tahun baru lazimnya disambut dengan penuh kemeriahan dan keazaman kerana ianya hadir bersama peluang untuk kita bersama merapatkan saf kepimpinan dan barisan Exco baru Exrail kearah yang lebih dinamik dan progresif dalam melestarikan teknologi perkeretapian negara.

Pengalaman, kepakaran dan kemahiran 'orang lama'  eloklah digabung jalinkan ( synergy) dengan generasi baru perkeretapian negara.

Saya mewakili jawatankuasa ExRail mendoakan warga Exrail diseluruh negara akan terus maju jaya, sihat sejahtera dan dipanjang umur dalam meperolehi keredhaan Ilahi dan memakmurkan negara .

Selamat Tahun Baru 2018 pada anda semua.


Lt. Kol.Dato Sarbini bin Tijan (B)
YDP ExRail


Saturday, December 30, 2017


ExRAIL akan bekerjasama dengan GLC, IPT


       Antara ahli ExRAIL yang hadir.                                FOTO : Yusmizal Dolah Aling

        yusmizal@hmetro.com.my

PERSATUAN Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Malaysia (ExRAIL) akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat swasta, syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi untuk memberi manfaat yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat.

Yang Dipertuanya Datuk Sarbini Tijan berkata, pihaknya ingin berkongsi pengalaman bersama beberapa pihak termasuk institusi pengajian tinggi lain bagi membolehkan industri kereta api negara dikuasai anak tempatan.

Menurutnya, ia perlu memandangkan Malaysia menjadi pusat perdagangan yang menjadi pilihan pelabur asing terutama dari segi logistik dan penting untuk rakyat negara ini mempunyai kemahiran dalam pengangkutan awam.

Katanya, ketika ini ExRAIL mempunyai 350 ahli yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing sama ada teknikal, operasi, kejuruteraan, komunikasi, teknologi maklumat, aset atau hartanah, pentadbiran dan perkhidmatan.

"Kami sedia menawarkan dan memberi khidmat nasihat kepada mana-mana organisasi, jabatan kerajaan, kementerian dan universiti awam bagi pembangunan infrastruktur demi membantu pengangkutan awam negara ini.

"Perkembangan industri kereta api negara semakin pesat. Kami kompeten dalam bidang masing-masing. Ahli ExRAIL juga boleh menjadi tenaga pengajar melalui bidang masing-masing dalam bentuk latihan berkonsepkan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya ketika berucap pada Majis Ulangtahun Ke -5 dan Hi Tea ExTRAIL di Vivatel Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu, 100 bekas kakitangan ExRAIL itu diraikan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam industri pengangkutan awam negara.

Sarbini berkata, kepakaran bekas kakitangan ini diiktiraf dengan sebahagiannya kini bertugas di Mekah Metro dan syarikat pembinaan landasan kereta api kargo.

"Kita akan buat lebih banyak program seiring dengan keperluan zaman agar pengalaman orang lama pekeretapian negara dapat terus disumbangkan kepada pembangunan dan pemodenan industri rel Malaysia dan dunia umumnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2017 @ 7:19 PM

Thursday, December 14, 2017

JOM HI-TEA ANJURAN EXRAIL

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (ExRail) akan mengadakan satu Majlis Jamuan Hi-Tea  untuk meraikan ahli-ahli seperti berikut:

1. Tarikh    :  30/12/2017 (Sabtu)
2.  Masa     :  12.00 - 4.00 petang
3. Tempat  :  Retro Cafe, Hotel Vivatel,
                      Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
4.  Bayaran : RM 50.00 seorang

Semua ahli  dan bukan ahli (pesara & kakitangan KTMB) adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini demi mengeratkan hubungan silatulrahim.
Kerjasama dan sokongan semua ahli dan bukan ahli  sangat  dihargai untuk memastikan aktiviti tahunan Persatuan  berjaya dilaksanakan.

Mereka yang berminat, sila maklumkan kepada AJK seperti  dalam senarai dibawah dan  bayaran penyertaan perlu dijelaskan sebelum atau pada 20/12/2017. Bayaran boleh dibuat melalui deposit/pindahan wang kepada Akaun ExRail  MBB : 5641-0000-8027 (Hantarkan slip bayaran  melalui SMS/WhatsApp  untuk pengesahan kepada Setiausaha atau Bendahari)

Bagi sesiapa yang masih belum menjadi ahli Exrail, borang keahlian akan disediakan dan mereka bolih terus mendaftar  semasa majlis berlangsung.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Abd Rahim Osman  - 0192256803 (Setiausaha)
Mat Isa Jamaluddin - 0193304569 (Bendahari)
Hajah Lailawati   - 0162779762
Pn. Hamidah Ali  - 0196917798

Penyertaan Dato'/Datin/Tuan/Puan dan para jemputan amat dihargai.

Terima kasih.


Abd Rahim Osman
Setiausaha ExRail.