Alamat:

PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN KERETAPI TANAH MELAYU (ExRail)
No. 14 Lorong Masria 6, Taman Bunga Raya,
Gombak, 53000 Kuala Lumpur
( 2176-09-WKL )

Sunday, December 31, 2017

Perutusan YDP ExRail Tahun Baru 2018


PERUTUSAN YDP ExRail TAHUN BARU 2018


Ketibaan tahun baru lazimnya disambut dengan penuh kemeriahan dan keazaman kerana ianya hadir bersama peluang untuk kita bersama merapatkan saf kepimpinan dan barisan Exco baru Exrail kearah yang lebih dinamik dan progresif dalam melestarikan teknologi perkeretapian negara.

Pengalaman, kepakaran dan kemahiran 'orang lama'  eloklah digabung jalinkan ( synergy) dengan generasi baru perkeretapian negara.

Saya mewakili jawatankuasa ExRail mendoakan warga Exrail diseluruh negara akan terus maju jaya, sihat sejahtera dan dipanjang umur dalam meperolehi keredhaan Ilahi dan memakmurkan negara .

Selamat Tahun Baru 2018 pada anda semua.


Lt. Kol.Dato Sarbini bin Tijan (B)
YDP ExRail


Saturday, December 30, 2017


ExRAIL akan bekerjasama dengan GLC, IPT


       Antara ahli ExRAIL yang hadir.                                FOTO : Yusmizal Dolah Aling

        yusmizal@hmetro.com.my

PERSATUAN Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Malaysia (ExRAIL) akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat swasta, syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi untuk memberi manfaat yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat.

Yang Dipertuanya Datuk Sarbini Tijan berkata, pihaknya ingin berkongsi pengalaman bersama beberapa pihak termasuk institusi pengajian tinggi lain bagi membolehkan industri kereta api negara dikuasai anak tempatan.

Menurutnya, ia perlu memandangkan Malaysia menjadi pusat perdagangan yang menjadi pilihan pelabur asing terutama dari segi logistik dan penting untuk rakyat negara ini mempunyai kemahiran dalam pengangkutan awam.

Katanya, ketika ini ExRAIL mempunyai 350 ahli yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing sama ada teknikal, operasi, kejuruteraan, komunikasi, teknologi maklumat, aset atau hartanah, pentadbiran dan perkhidmatan.

"Kami sedia menawarkan dan memberi khidmat nasihat kepada mana-mana organisasi, jabatan kerajaan, kementerian dan universiti awam bagi pembangunan infrastruktur demi membantu pengangkutan awam negara ini.

"Perkembangan industri kereta api negara semakin pesat. Kami kompeten dalam bidang masing-masing. Ahli ExRAIL juga boleh menjadi tenaga pengajar melalui bidang masing-masing dalam bentuk latihan berkonsepkan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya ketika berucap pada Majis Ulangtahun Ke -5 dan Hi Tea ExTRAIL di Vivatel Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis itu, 100 bekas kakitangan ExRAIL itu diraikan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam industri pengangkutan awam negara.

Sarbini berkata, kepakaran bekas kakitangan ini diiktiraf dengan sebahagiannya kini bertugas di Mekah Metro dan syarikat pembinaan landasan kereta api kargo.

"Kita akan buat lebih banyak program seiring dengan keperluan zaman agar pengalaman orang lama pekeretapian negara dapat terus disumbangkan kepada pembangunan dan pemodenan industri rel Malaysia dan dunia umumnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2017 @ 7:19 PM

Thursday, December 14, 2017

JOM HI-TEA ANJURAN EXRAIL

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (ExRail) akan mengadakan satu Majlis Jamuan Hi-Tea  untuk meraikan ahli-ahli seperti berikut:

1. Tarikh    :  30/12/2017 (Sabtu)
2.  Masa     :  12.00 - 4.00 petang
3. Tempat  :  Retro Cafe, Hotel Vivatel,
                      Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
4.  Bayaran : RM 50.00 seorang

Semua ahli  dan bukan ahli (pesara & kakitangan KTMB) adalah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini demi mengeratkan hubungan silatulrahim.
Kerjasama dan sokongan semua ahli dan bukan ahli  sangat  dihargai untuk memastikan aktiviti tahunan Persatuan  berjaya dilaksanakan.

Mereka yang berminat, sila maklumkan kepada AJK seperti  dalam senarai dibawah dan  bayaran penyertaan perlu dijelaskan sebelum atau pada 20/12/2017. Bayaran boleh dibuat melalui deposit/pindahan wang kepada Akaun ExRail  MBB : 5641-0000-8027 (Hantarkan slip bayaran  melalui SMS/WhatsApp  untuk pengesahan kepada Setiausaha atau Bendahari)

Bagi sesiapa yang masih belum menjadi ahli Exrail, borang keahlian akan disediakan dan mereka bolih terus mendaftar  semasa majlis berlangsung.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Abd Rahim Osman  - 0192256803 (Setiausaha)
Mat Isa Jamaluddin - 0193304569 (Bendahari)
Hajah Lailawati   - 0162779762
Pn. Hamidah Ali  - 0196917798

Penyertaan Dato'/Datin/Tuan/Puan dan para jemputan amat dihargai.

Terima kasih.


Abd Rahim Osman
Setiausaha ExRail.

Wednesday, November 8, 2017

PA SYSTEM UNTUK DISEWA




AHLI  - RM 250

BUKAN AHLI - RM 300

Sunday, November 5, 2017



BAHARUI INSURAN KENDERAAN ANDA MELALUI EXRAIL




ExRail ada menyediakan perkhidmatan kepada Ahli dan Bukan Ahli untuk memperbaharui Insuran kenderaan secara mudah dan pantas. Menerusi program ini pihak Persatuan layak menerima sumbangan 4% untuk setiap satu transaksi yang berjaya.

Ahli yang berminat membaharui Insuran kenderaan masing-masing, hanya perlu menghantar melalui WhatsApp dokumen-dokumen berikut :

1.  Cover Note lama.
2.  Kad Pengenalan (Pemilik).
3.  Geran  kereta.
4.  Kad pengenalan pemandu kedua (jika ada).

Untuk keterangan lanjut, sila WhatsApp
atau hubungi pegawai berikut :

i.    En. Zulkifli Ujud     -   Tel: 017-6354017
      (Ketua Biro Ekonomi)

ii.   Pn. Hawa Mat Din  -   Tel: 019-3036038  
       (Wakil Insuran)

atau hubungi saya sendiri seperti nombor telepon di bawah.


Terima kasih.

Abd. Rahim Osman
Setiausaha ExRail
Tel: 019 2256803

Thursday, August 31, 2017

Ucapan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidil Adha 1438H



Bagi pihak YDP, TYDP dan AJK ExRail, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 tahun. Semoga jasa dan semangat pejuang-pejuang  yang terdahulu kita dihargai samaada  untuk mencapai kemerdekaan atau pun  mengisi era selepas kemerdekaan.

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli yang berugama Islam, semoga mereka dapat menjalankan ibadah korban dengan baik.  Begitu juga diharapkan  perayaan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara ahli-ahli dengan pegawai perhubungan ExRail di setiap negeri dan daerah.

Akhir sekali jika ada salah dan silap, kami mohon ribuan ampon dan maaf  zahir & batin.

Terima kasih.

Abd  Rahim Osman
Setiausaha
bp.  YDP, TYDP & AJK ExRail.

Friday, August 25, 2017

Senarai Pegawai Perhubungan ExRail

Berikut adalah senarai Pegawai Perhubungan peringkat Negeri/Daerah bagi Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Malaysia.


Kenyataan Rasmi ExRail

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahli Jawatankuasa ExRail telah  bersidang  pada 23 Ogos 2017, jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat Koperasi Rel Nasional Bhd, Brickfield, Kuala Lumpur. Mesyuarat  dipengerusikan oleh YDP, Lt Kol Dato' Hj Sarbini Tijan (B).  Dalam mesyuarat ini, AJK ExRail bersetuju secara rasminya melantik beberapa individu peringkat Negeri dan Daerah sebagai pegawai perhubungan bagi mewakili persatuan  untuk menjaga kebajikan dan silatulrahim antara ahli serta waris mereka sekiranya ada ahli  yang meninggal dunia, sakit, ditimpa bencana alam dan sebagainya.

Tarikh perlantikan kuatkuasa hari ini.

Berikut adalah senarai terkini wakil persatuan yang boleh dihubungi mengikut Negeri/Daerah:

PERAK:
(pegawai2 ini menetap di Ipoh)

1. Tn.Hj. Nordin bin Abd. Malek
     (ex Hartanah Ipoh)
     Tel: 019 5736016

2.  En. Karthykesan a/l Periasamy
     (ex Pemandu Komuter)
     Tel: 017 5865217

3.  Pn. Fatimah  bt Ayob
     (ex Hartanah Ipoh)
     Tel: 019 5738051

4.  En. Sobri bin Mahmud
     (ex PO Taiping)
    Tel: 019 5735579

5.  En. Kathriswaran
     (ex Pej. Operasi).
    Tel: 013 3388496

PENANG, PERLIS & KEDAH:

1. En.Hashnan bin Bahrom
    (Insp. Polis Bantuan KTMB)
    (menetap di BM)
    Tel: 019 7482102

2. Hj. Zainol bin Ishak
    (cc pej. Pw BM)
    (menetap di Sg. Petani)
    Tel: 019 5686564

3. En. Marzuki bin Saad
    (SM Arau)
    (menetap di Kangar)
    Tel: 012 2635805.

4. Hj. Norzaki bin Mohd. Nor
     (ex Pengurus KTMD)
     (menetap di Kulim)
    Tel: 019 4733383

PAHANG:

1. Tn. Hj. Abd. Ghani bin Sulaiman
     (ex UJ  K.Lipis)
     (menetap di K. Lipis)
     Tel: 012 9487118,
     Rmh: 09 3121251

JOHOR:

( Pegawai2 ini menetap di JB)

1. Tn. Hj. Ismail bin Siran
     (ex. Pej. PW JB)
     Tel: 012 7829358

2. Pn. Rashidah bt. Ismail
     (ex Pej.PW JB)
     Tel: 013 7115631

3. En. Azmi bin Mohd Nor
    (ex Pej.PW JB)
    Tel:  017 7136017
    
KELANTAN:
  
1. Mejar Kamarulzaman bin
     Loman
    (ex Eng. Fleet Depot Sentul)
    (menetap di P.Mas)
    Tel: 012 3254994

2.  En. Ahmad bin  Harun
     (SM  di Tumpat)
     Tel: 016 9551225

TERENGGANU:

1. En. Kamaruddin bin  Ishak(Pok Din)
    (ex Hartanah HQ)
    (menetap di Dungun).
    Tel: 013 9862320

MELAKA/NG. SEMBILAN:

1. En. Abd.Aziz bin Said
    (ex POK Gemas)
    (menetap di Gemas)
    Tel: 019 7745863

2.  Hj. Hamdan  bin Hj. Osman
     (ex Depot Fleet Gemas)
     (menetap di Alor Gajah)
     Tel: 019 6624012 (whasApp) /
            014 6841337
     
Pegawai Perhubungan bolih menghubungi terus kepada Setiausaha atau Ketua Biro Kebajikan,  Tn. Hj. Sukhairi bin Ahmad Junid
(Tel: 013 3104382 - whatsApp / 017 6193034) atau menghantar whatsApp ke grup 'Ex KTMB  Sembang Santai' & 'Buletin Rasmi Exrail' sekiranya mereka mendapat maklumat ahli ExRail atau pesara KTMB ditimpa musibah.

Manakala jika ada ahli yang ingin melawat/ziarah ke lokasi yang berkenaan, dengan tujuan makan angin dan bagi  mengeratkan tali siratulrahim, bolih menghubungi mereka melalui talian telefon yang tertera di atas.

Terima kasih

Abd. Rahim Osman
Setiausaha
Persatuan Bekas Kakitangan
Keretapi Tanah Melayu Malaysia  (ExRail)
Tel: 019 2256803

Cc. 1. Dato'  YDP -
           Lt. Kol Dato' Hj Sarbini Tijan (B)
           Tel: 019 225685

       2. Timb. YDP -
            Lt. Kol Tn. Hj. Bahrain Tahir (B)
            Tel: 012 3832860
        

Monday, August 7, 2017

Berita Ahli ExRail Meninggal Dunia

Salam sejahtera,

Innalillahi wainnailaihi rojiun.

Dimaklumkan Tuan Haji Mohamad Chik, ahli ExRail no. 297, telah kembali ke rahmatullah pada 7/8/2017, jam 1.0 tengah malam tadi. Beliau adalah ahli ExRail yang aktif dan sering mengerat silatulrahim sesama ahli. Jenazah beliau akan disempurnakan sebelum waktu zohor  di Tanah Perkuboran Kg. Kuantan, Batang Kali, Selangor.

YDP dan AJK Exrail mengucapkan takziah dan simpati kepada balu dan waris Allahyarham. Semoga roh Allahyarham mendapat rahmat keampunan  dari Allah swt  dan ditempatkan bersama para solihin.


Al-Fatihah, Amiin.

Tuesday, July 25, 2017

Jemputan Silaturrahim KTMB 2017


Jemputan untuk ahli ExRail ke Majlis Silaturrahim KTMB 2017 pada 27 Juali 2017. Sila war-warkan sekitar 20 ahli.

Sunday, July 23, 2017

By Tan KS


Majlis Jamuan Aidilfitri dan Silatulrahim ExRail 2017



Semua warga ExRail,

Bagi pihak AJK ExRail  kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir pada jamuan Aidulfitri dan silatulrahim  pada petang tadi. Sesungguhnya kehadiran tuan2 dan puan2 bukan sahaja untuk jamuan ini tetapi juga untuk bersua kenal  sahabat handai yang telah lama tidak berjumpa wpun datang dari jauh.

 Apa yang meriah dan terharu ialah masing2 membawa potluck  untuk menjamu  bersama2 dengan sahabat taulan dan  tidak berlaku pembaziran makanan.

Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan semasa majlis jamuan tadi.

Terima kasih.