Bagi pihak YDP, TYDP dan AJK ExRail, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 tahun. Semoga jasa dan semangat pejuang-pejuang yang terdahulu kita dihargai samaada untuk mencapai kemerdekaan atau pun mengisi era selepas kemerdekaan.
Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli yang berugama Islam, semoga mereka dapat menjalankan ibadah korban dengan baik. Begitu juga diharapkan perayaan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara ahli-ahli dengan pegawai perhubungan ExRail di setiap negeri dan daerah.
Akhir sekali jika ada salah dan silap, kami mohon ribuan ampon dan maaf zahir & batin.
Terima kasih.
Abd Rahim Osman
Setiausaha
bp. YDP, TYDP & AJK ExRail.

No comments:
Post a Comment